fb fb fb fb fb

PBB kecam serangan berdarah di Moscow

Orang ramai mengenang mangsa serangan senjata api di Moscow/AFP

NEW YORK, 23 Mac- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres mengutuk sekeras-kerasnya kejadian tembakan rambang di dewan konsert Moscow, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang dilaporkan terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera.

Jurucakap Setiausaha Agung PBB Farhan Haq dalam satu kenyataan berkata Guterres menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat, rakyat serta Kerajaan Persekutuan Rusia.

"Majlis Keselamatan juga mengucapkan takziah dan menggesa semua negeri untuk bekerjasama secara aktif dengan Kerajaan Persekutuan Rusia, serta semua pihak berkuasa lain yang berkaitan untuk menangkap pelaku dan penyokong tindakan keganasan yang bertanggungjawab dan membawa mereka ke muka pengadilan", katanya.

“Anggota Majlis Keselamatan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang keji dan pengecut itu.

Kumpulan yang mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu berkata menerusi kenyataan di Telegram bahawa pejuangnya telah menyerang "satu perhimpunan besar" di pinggir Moscow dan berundur ke pangkalan mereka dengan selamat.

Kementerian Luar Rusia melaporkan, ia merupakan serangan pengganas.

Dalam pada itu, Kesatuan Eropah (EU), Perancis, Sepanyol dan Itali menyertai beberapa negara turut mengutuk serangan itu, termasuk Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni mengecam tindakan keganasan yang menjijikkan.-AFP

ROSLINA BINTI DIN