ROM, 19 Februari- Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Pemimpin berusia 88 tahun itu dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat akibat jangkitan pernafasan dan Vatican memaklumkan bahawa keadaannya masih “kompleks”.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, beliau jarang meninggalkan kediamannya di Vatican. Malah, ketika menghadiri majlis awam, beliau kelihatan tercungap-cungap dan tidak dapat bercakap lama.
Sebagai pengganti Benedict XVI, beliau telah memegang jawatan itu sejak Mac 2013, menjadikannya Paus kedua tertua dalam sejarah.- BERNAMA-dpa