fb fb fb fb fb

Parti Ra’am "tangguh" sokongan susulan keganasan di Masjid Al-Aqsa

(Perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 17 April 2022/AFP)

BAITULMAQDIS, 18 April- Parti konservatif Arab-Israel, Ra’am pimpinan Mansour Abbas “menangguhkan” keputusan awal parti itu menyertai kerajaan gabuangan Perdana Menteri, Naftali Bennett.

Ia susulan keganasan yang dicetuskan pasukan kesalamatan rejim Israel di perkarangan Masjid Al-Aqsa ketika ini.

Bennett mengambil alih jawatan pada Jun lalu selepas parti pembangkang berjaya membentuk kerajaan gabungan menerusi majoriti tipis 61 kerusi daripada 120 kerusi Knesset seterusnya menyingkirkan perdana menteri paling lama berkhidmat, Benjamin Netanyahu.

Namun kerajaan gabungan itu kehilangan majoriti pada awal bulan ini apabila seorang ahli Knesset berhaluan kanan meletak jawatan atas keputusan kerajaan membenarkan pengedaran roti beragi di hospital semasa perayaan Paskah, sejajar keputusan mahkamah agung membatalkan larangan selama bertahun-tahun.

Parti campuran, iaitu gabungan parti nasionalis dan agama berhaluan kiri termasuk Ra’am kini mempunyai bilangan kerusi sama, 60 kerusi.


(Tindakan polis Israel terhadap rakyat Palestin di perkarangan
Masjid Al-Aqsa pada 15 April 2022/AFP)

Pada Ahad, Ra’am yang mempunyai empat kerusi dalam kerajaan campuran Bennett berkata, mereka "menggantung" sokongan, dua hari selepas pertempuran antara polis dan penduduk asal Palestin di perkarangan masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis menyebabkan 150 orang cedera.

“Jika kerajaan meneruskan langkah terhadap penduduk Islam di Baitulmaqdis… kami akan keluar daripada blok (pakatan) itu,” jelasnya parti itu menerusi satu kenyataan.

Bagimanapun, keputusan parti "menggantung" sokongan kepada pentadbiran Bennett tidak memberi kesan segera kepada kerajaan kerana Knesset ditutup sehingga 5 Mei ini.

Sumber AFP memaklumkan, Bennett akan berusaha mendapatkan kembali sokongan seterusnya meredakan ketegangan. Kerajaan Bennett masih boleh mentadbir, namun akan berdepan kesukaran bagi meluluskan undang udang baharu.

Namun, jika mana-mana anggota meninggalkan gabungan parti itu, Knesset perlu mengadakan undian tidak percaya yang memerlukan Israel mengadakan pilihan raya parlimen ke-5 dalam tempoh empat tahun. -AFP

 

Media Baharu