fb fb fb fb fb

Lapangan Terbang Brussels kembali beroperasi, ditutup akibat penampakan dron

Foto REUTERS

ZAVENTEM, 5 November- Lapangan Terbang Brussels, yang merupakan hab penerbangan tersibuk di Belgium telah dibuka semula pada Rabu selepas diarah tutup buat sementara waktu, ekoran penampakan beberapa dron asing pada malam sebelumnya.

Walaupun operasi penerbangan disambung semula, laman web rasmi lapangan terbang melaporkan beberapa jadual penerbangan masih tergendala.

Kumpulan pertama pesawat telah berlepas awal Rabu manakala penerbangan lain ditunda dan sebilangan kecil terpaksa dibatalkan.

Insiden yang berlaku pada petang Selasa itu menyusuli penampakan dron di pangkalan udara tentera Belgium pada hujung minggu lalu.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Menteri Pertahanan, Theo Francken memberitahu penyiar awam RTBF bahawa insiden pada Selasa itu nampaknya telah dilakukan oleh kumpulan profesional yang mempunyai niat untuk menggugat kestabilan negara.

Dron telah menyebabkan kekacauan yang besar di seluruh Eropah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

September lalu, Lapangan Terbang Copenhagen ditutup selama empat jam manakala Lapangan Terbang Oslo ditutup selama tiga jam berikutan penampakan dron.

Terdapat juga laporan mengenai pencerobohan ruang udara oleh drone yang disyaki dari Rusia ke atas ruang udara Poland dan Romania. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM