fb fb fb fb fb

Iran bebas dua warga Perancis, dipercayai dalam pertukaran tahanan

Foto REUTERS

TEHRAN, 5 November- Iran telah membebaskan dua warga Perancis, Cecile Kohler dan Jacques Paris, yang dipenjarakan atas tuduhan pengintipan sejak 2022.

Kedua-dua mereka kini selamat di Kedutaan Perancis di Tehran.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mengesahkan berita pembebasan tersebut melalui ciapan di platform X pada Selasa serta mengalu-alukan usaha pembebasan berkenaan.

"Saya mengalu-alukan langkah pertama ini. Dialog diteruskan untuk membolehkan mereka kembali ke Perancis secepat mungkin," kata Macron.

Perancis berulang kali menafikan tuduhan tersebut, mendakwa bahawa warganya dijadikan tebusan negara secara sewenang-wenangnya.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran menyatakan pasangan itu dibebaskan dengan jaminan dan masih di bawah pengawasan di Iran.

Pembebasan tersebut secara meluas dilihat sebagai pertukaran bagi Mahdieh Esfandiari, seorang pelajar Iran yang ditahan di Perancis kerana catatan media sosial anti-Israel dan dibebaskan secara bersyarat pada akhir Oktober. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM