TUZLA, 5 November- Sekurang-kurangnya 10 orang maut dan beberapa yang lain cedera dalam satu kebakaran yang berlaku di sebuah rumah penjagaan warga emas di bandar Tuzla, utara Bosnia, pada lewat petang Selasa.
Menurut laporan media Bosnia, kebakaran itu dilaporkan bermula sekitar pukul 9.00 malam waktu tempatan dan berjaya dipadamkan sekitar pukul 10.00 malam dan punca kebakaran masih belum diketahui.
Sekurang-kurangnya lima orang cedera, dengan tiga daripadanya kini berada di unit rawatan rapi.
Jurucakap Pusat Klinikal Universiti Tuzla, Ersija Aščerić Mujedinović mengesahkan bahawa beberapa pesakit sedang dirawat akibat keracunan karbon monoksida.
"Tiga pesakit berada di Klinik Perubatan Dalaman kerana keracunan karbon monoksida, dua berada di unit rawatan rapi dan seorang lagi kini berada di klinik kemasukan di mana rawatan perubatan sedang dijalankan," kata Aščerić Mujedinović.