fb fb fb fb fb

Tujuh pendaki maut dalam runtuhan salji di Nepal

Foto REUTERS

KATHMANDU, 5 November- Sekurang-kurangnya tujuh pendaki termasuk beberapa warga asing disahkan maut selepas ekspedisi pendakian mereka dilanda runtuhan salji di puncak Himalaya di Nepal.

Menurut laporan media yang memetik kenyataan penganjur ekspedisi tersebut, dua mayat mangsa telah tiba di sebuah hospital di Kathmandu pada Rabu.

Pegawai polis, Gyan Kumar Mahato, sebelum ini memberitahu agensi berita Reuters pada Isnin (3 November) bahawa lima daripada lapan individu yang hilang di pergunungan Yalung Ri Himal adalah warga asing.

Yalung Ri, yang setinggi 5,630 meter, terletak di daerah Dolakha di timur laut Kathmandu.

Gunung tersebut terletak di Lembah Rolwaling di timur laut Nepal, mencabar para pendaki dengan campuran permukaan batu, ais dan salji. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM