fb fb fb fb fb

Parlimen Sri Lanka undi presiden baharu

(Foto AFP)

COLOMBO, 20 Julai- Parlimen Sri Lanka mengadakan pengundian hari ini untuk memilih presiden baharu menggantikan Gotabaya Rajapaksa, yang melarikan diri ke luar negara minggu lalu selepas kediamannya diserang penunjuk perasaan.

Pemenang persaingan tiga penjuru untuk menggantikannya akan mengambil alih sebuah negara yang mengalami krisis ekonomi. Sri Lanka sedang berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa ( IMF) bagi mendapatkan dan pemulihan. Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu turut mengalami kekurangan makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

Penganalisis berkata Ranil Wickremesinghe, yang menjadi pemangku presiden dibenci oleh penunjuk perasaan yang melihatnya sebagai sekutu Rajapaksa.


(Penunjuk perasaan membawa patung Presiden sementara Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe 
di hadapan stesen kereta api Fort, Colombo/AFP)

Tunjuk perasaan selama beberapa bulan kerana krisis ekonomi sehingga menyebabkan Rajapaksa mengumumkan peletakan jawatannya dari Singapura minggu lalu, iaitu beberapa hari selepas tentera menyelamatkan pemimpin itu dari kediamannya.

Wickremesinghe, 73, mendapat sokongan parti Rajapaksa 'Sri Lanka Podujana Peramuna' (SLPP), merupakan blok terbesar yang mempunyai 225 kerusi dalam Parlimen.

Sebagai pemangku presiden, Wickremesinghe telah melanjutkan tempoh darurat yang memberikan kuasa menyeluruh kepada polis dan pasukan keselamatan, dan minggu lalu beliau mengarahkan tentera untuk mengusir penunjuk perasaan dari bangunan kerajaan.

Penganalisis Politik, Kusal Perera berpendapat Wickremesinghe mempunyai sedikit kelebihan, walaupun partinya sendiri hanya memperoleh satu kerusi pada pilihan raya Ogos 2020.

"Ranil Wickremesinghe diterima semula oleh rakyat kelas pertengahan di bandar apabila beliau memulihkan beberapa bekalan seperti gas dan ketegangan di bangunan kerajaan yang turut menonjolkan ketegasannya," kata Perera.

Pemerhati percaya bahawa Wickremesinghe akan bertindak keras jika dia menang dan penunjuk perasaan yang juga telah menuntut peletakan jawatannya dan menuduhnya melindungi kepentingan Rajapaksa akan akan kembali ke jalanan.-AFP

Media Baharu