fb fb fb fb fb

Parlimen Korea Utara bincang pindaan perlembagaan

Parlimen Korea Utara bersidang di Pyongyang/ REUTERS

SEOUL, 16 September- Parlimen atau lebih dikenali sebagai Perhimpunan Rakyat Tertinggi Korea Utara (SPA), akan mengadakan sidang baharu pada 7 Oktober depan di Pyongyang untuk membincangkan perkara berkaitan pindaan perlembagaan, lapor media kerajaan pada Isnin.

Mesyuarat SPA terakhir diadakan pada Januari lalu berikutan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menggesa untuk melakukan pindaan perlembagaan.

Ketika itu, Kim telah membuat kesimpulan bahawa penyatuan Korea Utara dengan Korea Selatan adalah mustahil.

Bagaimanapun menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) berkata, isu lain seperti undang-undang mengenai industri ringan dan penyeliaan kualiti produk juga akan dibincangkan menerusi sidang parlimen berkenaan.

Keputusan mesyuarat seterusnya dibuat pada mesyuarat pleno Jawatankuasa Tetap parlimen pada Ahad.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI