fb fb fb fb fb

Paris matikan lampu Piramid Louvre lebih awal untuk jimat tenaga

(Piramid Louvre/ AFP)

MOSCOW, 18 September - Paris akan mematikan lampu di Piramid Louvre lebih awal mulai Sabtu, menurut Menteri Kebudayaan Perancis sebagai "isyarat simbolik" untuk menjimatkan tenaga.

Piramid daripada kaca dan keluli di luar Muzium Louvre itu diterangi dari dalam sehingga pukul 1 pagi setiap malam.

Menteri Rima Abdul Malak dalam rancangan pagi di saluran televisyen France 2 berkata pencahayaan itu akan dihentikan dua jam lebih awal daripada biasa, kata Sputnik.


(Foto fail/ AFP)

"Kami akan mematikan lampu lebih awal di Piramid Louvre mulai malam ini. Louvre akan gelap pada pukul 11 malam berbanding pukul 1 pagi sebelum ini,” katanya.

Mulai minggu depan, Istana Versailles akan gelap pada pukul 11 malam, sejam lebih awal daripada biasa.

Sementara lampu di Menara Eiffel yang menjadi ikonik Paris akan dimatikan pada 11.45 malam berbanding 1 pagi, mulai 23 Sept. -BERNAMA

Media Baharu