(Bangkai salah satu pesawat kecil yang bertembung di udara di negeri Colorado,
Amerika Syarikat/ Foto Twitter)
LOS ANGELES, 18 September - Tiga orang terbunuh apabila dua pesawat kecil bertembung di udara pada Sabtu di negeri Colorado Amerika Syarikat (AS), kata pihak berkuasa.
Menurut Pejabat Syerif daerah Boulder, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.54 pagi waktu tempatan (1454 GMT).
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS dalam hantaran Twitter mengesahkan ia sedang menyiasat pelanggaran di udara antara pesawat Cessna 172 dan pesawat Sonex Xenos berhampiran Longmont, Colorado, lapor Xinhua.
Pasukan bantuan menemukan dua lokasi kemalangan yang berasingan, kata Pejabat Syerif dalam satu kenyataan berita.
(Foto fail)
"Pesawat pertama yang terhempas ditemukan di blok 10,000 Niwot Rd di sebelah selatan. Dua orang yang berada di dalam pesawat itu terbunuh di tempat kejadian," kata pejabat sheriff.
"Pesawat kedua ditemukan di blok 9,700 Niwot Rd di sebelah utara," dan seorang penumpang di dalamnya juga maut sebelum pasukan bantuan tiba di tempat kejadian, kata pejabat sheriff.
Pegawai berkata punca nahas masih dalam siasatan. -BERNAMA