fb fb fb fb fb

Biden hadir istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II

(Presiden AS, Joe Biden dan isteri, Jill Biden tiba di Lapangan Terbang London Stansted untuk menghadiri
istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II/ AFP)

UNITED KINGDOM, 18 September - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden kini berada di London bagi menghadiri istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II.

Pesawat yang membawa Biden selamat mendarat di Lapangan Terbang London Stansted kira-kira pukul 9 malam waktu tempatan.

Biden dijangka memberi penghormatan terakhir kepada mendiang dan bertemu dengan Raja Charles III menjelang hari pemakaman yang dijadualkan esok.


(Presiden AS, Joe Biden dan isteri, Jill Biden tiba di Lapangan Terbang London Stansted untuk menghadiri
istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II/ AFP)

Bagaimana pun, pertemuan yang dirancang dengan Perdana Menteri Britain yang baharu, Liz Truss telah dibatalkan.

Sebaliknya, mereka akan mengadakan mesyuarat dua hala di Perhimpunan Agung PBB pada hari Rabu, kata pejabatnya di Downing Street.

Butiran lanjut tentang pembatalan pertemuan asal dengan Biden tidak diberikan.

Media Baharu