fb fb fb fb fb

Paras air di Tasik Cachuma kembali normal

SANTA BARBARA, 14 Januari- Kemarau berterusan menyebabkan paras air di Tasik Cachuma di sini hampir kering.

Namun ia kembali normal selepas hujan turun dengan lebat sejak akhir-akhir ini.

Jurucakap Kerja Raya Daerah Santa Barbara Lael Wageneck berkata paras air di tasik tersebut telah mencapai kapasiti penuh.

"Paras air Tasik Cachuma telah berada pada tahap 100 peratus. Minggu lalu tasik berkenaan mencapai paras 33 peratus," katanya kepada wartawan REUTERS di sini.

Wageneck berkata pihaknya sentiasa memantau tasik tumpuan itu dari masa ke masa.

Sehingga kini, Tasik Cachuma membekalkan air bersih kepada beribu-ribu penduduk sekitar termasuk Modesto dan Goletta.

Ketika musim panas, tasik berkenaan sering menjadi tempat orang ramai berkumpul dan melakukan aktiviti seperti berkhemah, berkayak, memancing dan menaiki bot. - REUTERS


Foto REUTERS

Media Baharu