fb fb fb fb fb

Kishida ikrar modenkan angkatan pertahanan Jepun

(Joe Biden dan Fumio Kishida membincangkan peningkatan perbelanjaan
pertahanan Jepun di Pejabat Oval/AFP)

WASHINGTON, 14 Januari- Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berikrar akan memodenkan angkatan pertahanan negara matahari terbit itu.

Beliau meletakkan strategi pertahanannya sebagai titik perubahan bersejarah dalam pakatan AS-Jepun, setaraf dengan perjanjian pertahanan bersama pada 1960.

"Keagresifan Rusia terhadap Ukraine telah menandakan berakhirnya dunia pasca-Perang Dingin," kata Kishida di Sekolah Pengajian Antarabangsa Lanjutan Universiti Johns Hopkins di sini.

"Jika kita membiarkan perubahan unilateral dalam status quo dengan kekerasan ini tidak dicabar, ia akan berlaku di tempat lain di dunia, termasuk Asia," kata Kishida.

Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat bersama Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden di White House.

Jepun menyertai kuasa Barat dalam mengenakan sekatan terhadap Rusia dan memberi bantuan kemanusiaan kepada Ukraine sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan operasi ketenteraan khas pada Februari 2022.

Sementara itu Biden memuji pengumuman kerajaan Jepun bulan lalu bahawa ia akan menggandakan perbelanjaan pertahanan dalam tempoh lima tahun akan datang dan membangunkan keupayaan baharu.

"Biar saya jelaskan: Amerika Syarikat sepenuhnya, secara menyeluruh, komited sepenuhnya kepada perikatan dan lebih penting lagi kepada pertahanan Jepun," kata Biden. -AFP

(Joe Biden berjabat tangan dengan Fumio Kishida semasa mesyuarat dua hala di Pejabat
Oval di White House,Washington/AFP)

Media Baharu