fb fb fb fb fb

Dua lagi warga Palestin terkorban di Tebing Barat

RAMALLAH, 14 Januari- Dua rakyat Palestin terbunuh pada Sabtu semasa serbuan tentera Israel di Tebing Barat.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, dua pemuda itu ditembak mati semasa serangan ke atas Kampung Jaba di utara Tebing Barat.

"Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Ezzedine Bassem Hamamra, 24 tahun dan Amjad Adnan Khaliliya, 23 tahun" katanya menerusi kenyataan.

Maklumat lanjut mengenai keadaan kedua-dua mangsa tidak didedahkan.

Terdahulu, seorang warga Palestin dikenali Yazen Samer Jaabari, 19 tahun maut awal bulan ini akibat ditembak tentera haram itu.

Kematian terbaharu itu menjadikan 12 orang warga Palestin terbunuh tahun ini di Tebing Barat. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu