fb fb fb fb fb

Satu lagi ribut melanda, amaran banjir buruk dikeluarkan di California

(Sebuah kereta yang ditenggelami air berhampiran ladang anggur
selepas ribut musim sejuk di Forestville, California/REUTERS)

LOS ANGELES, 14 Januari- Banjir dahsyat boleh melanda beberapa bahagian California hujung minggu ini, apabila ribut kelapan berturut-turut melanda daratan yang sudah terlalu berair untuk menyerap hujan.

Negeri Amerika Syarikat yang paling ramai penduduk itu telah dilanda hujan lebat yang hampir mencatat rekod dalam tempoh tiga minggu sehingga menyebabkan banjir, tanah runtuh dan gangguan bekalan elektrik yang meluas.

Sekurang-kurangnya 19 orang setakat ini diketahui meninggal dunia ketika masyarakat bergelut untuk menghadapi banjir berterusan.

Semalam satu lagi ribut melanda dan Semenanjung Monterey diramalkan mungkin terputus hubungan darat manakala seluruh bandar Salinas dengan 160,000 penduduk dinaiki air.

"Seluruh Lembah Salinas yang lebih rendah akan mengalami banjir besar," kata Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.

"Seluruh bandar Salinas dalam bahaya banjir. Kebanyakan kawasan sekitar Castroville akan banjir. Semua jalan berhampiran Sungai Salinas akan dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

"90,000 ekar atau lebih tanah pertanian akan mengalami banjir yang membawa bencana," menurut amaran yang dikeluarkan. -AFP

(Pandangan udara, peralatan pertanian ditenggelami air banjir selepas Sungai Salinas melimpahi
di Salinas, California/AFP)

Media Baharu