fb fb fb fb fb

Lima maut, 13 cedera dirempuh kereta di Guangzhou

GUANGZHOU, 14 Januari- Sekurang-kurangnya lima maut manakala 13 yang lain cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki yang sedang melintas jalan.

Tragedi berlaku ketika waktu puncak pada pukul 5.25 petang di sebuah persimpangan di Guangzhou, Rabu lalu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam merempuh pejalan kaki di dua lintasan berasingan di Tiyu East Road dan Tianhe Road.

(Beberapa mangsa terbaring di atas jalan raya selepas dirempuh sebuah kenderaan 
ketika mereka sedang melintas jalan / Foto REUTERS)

Saksi berkata, suspek dilihat sengaja memandu keretanya merempuh ke arah pejalan kaki tersebut.

Dia turut berhenti untuk berpatah balik dan terus memandu ke arah pejalan kaki lain.

Suspek kemudian memberhentikan keretanya di tepi jalan dan melemparkan wang kertas 100 yuan ke udara.

Suspek yang dikenali sebagai Wen berusia 22 tahun itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditahan polis.

Siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.-REUTERS

Media Baharu