fb fb fb fb fb

COVID-19: Jerman tamatkan pemakaian pelitup muka lebih awal

(Papan tanda memaklumkan orang ramai untuk memakai
peliup muka dalam kereta api dan bas di Munich/AFP)

BERLIN, 13 Januari- Jerman akan menamatkan keperluan memakai pelitup muka di dalam kereta api dan bas jarak jauh mulai 2 Februari.

ketika wabak koronavirus melonggarkan cengkamannya ke atas negara itu, pihak berkuasa mengumumkan pada hari Jumaat.

Menteri Kesihatan, Karl Lauterbach mengumumkan perkara itu selepas berunding dengan menteri dari 16 negeri persekutuan Jerman, dengan mengatakan "situasi jangkitan telah stabil."

Orang ramai bagaimanapun digalakkan agar terus memakai pelitup muka secara sukarela atas tanggungjawab peribadi sambil menambah, virus itu tidak boleh dianggap remeh.

Beberapa faktor menyumbang kepada perubahan dasar itu, kata Lauterbach, termasuk tahap imuniti yang lebih tinggi dalam kalangan orang ramai dan pengurangan kemungkinan mutasi baharu.

"Keadaan di hospital adalah tegang tetapi terkawal," kata Lauterbach.

Perintah memakai pelitup muka yang telah dilaksanakan sejak peringkat awal pandemik, sebelum ini dijadualkan tamat pada 7 April. -AFP

(Orang ramai bagaimanapun digalakkan agar terus memakai pelitup muka secara sukarela
atas tanggungjawab peribadi/AFP)

Media Baharu