fb fb fb fb fb

Paraguay perketat kawalan sempadan

Foto REUTERS

ASUNCION, 31 Oktober - Kerajaan Paraguay mempertingkat kawalan keselamatan sempadan di timur negara itu susulan operasi besar-besaran memerangi kartel dadah yang dilancar polis Brazil di Rio de Janeiro.

Presiden Paraguay Santiago Pena telah memanggil Majlis Pertahanan Negara (CODENA) untuk membincangkan langkah susulan ekoran ancaman yang semakin meningkat oleh kumpulan jenayah Brazil.

Langkah yang dibincangkan termasuk menambah bilangan tentera dan polis untuk melakukan kawalan lebih ketat di lintasan sempadan termasuk di Amambay, Canindeyu, dan Alto Parana.

Kerajaan turut melakukan penyelarasan dengan pihak berkuasa Brazil dan Argentina.

Paraguay juga merancang untuk memperkukuh keselamatan penjara dan meluaskan pengawasan udara menggunakan dron.

Operasi besar-besaran yang menyasarkan sindiket dadah dilancarkan polis Rio de Janeiro pada Selasa menyaksikan sekurang-kurangnya 120 orang maut.

SITI NOOR KASANABILAH BINTI KAMARUL ZAMAN