fb fb fb fb fb

Empat maut akibat Taufan Melissa di Jamaica

Hospital Black River di St Elizabeth, Jamaica rosak teruk akibat Taufan Melissa/REUTERS

ST ELIZABETH, 31 Oktober - Sekurang-kurangnya empat maut di Jamaica akibat taufan Melissa tahap lima yang melanda bahagian barat daya negara itu.

Menurut pihak berkuasa, lebih 70 peratus pengguna elektrik masih terputus bekalan ketika pasukan tentera dan penyelamat membersihkan jalan yang terhalang.

Sementara itu, beberapa bangunan termasuk hospital musnah teruk.

Penyelia pentadbiran Hospital Black River, Oneil Brown berkata komunikasi dan bekalan elektrik terputus sepenuhnya.

"Petugas berusaha sedaya upaya memindahkan pesakit antara tingkat apabila siling runtuh dan air banjir melimpah ke kawasan kecemasan," kata Pegawai perubatan jabatan kecemasan hospital tersebut, Dr. Janna Simpson.

Semalam Taufan Melissa dilaporkan telah melemah kepada kategori satu ketika bergerak ke arah barat laut Bermuda.

Di Bahamas, amaran ribut telah ditarik balik namun pihak berkuasa masih belum mengisytiharkan keadaan selamat sepenuhnya.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ