fb fb fb fb fb

Pantau tahap kesihatan ketika sambutan Songkran, elakkan penularan serius

BANGKOK, 18 April- Kementerian Kesihatan Awam dan agensi berkaitan diarah meningkatkan tahap persediaan berikutan kemungkinan wujud kluster COVID-19 selepas percutian Songkran.

Antara persediaan yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan lebih banyak katil dan pusat pengasingan komuniti.

Arahan dikeluarkan Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha.

Menurut jurucakap kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana, orang ramai disaran memantau kesihatan diri antara tujuh hingga 10 hari selepas pulang bercuti daripada sambutan Songkran.

(Kemeriahan sambutan Songkran sebelum COVID-19 melanda dunia/ AFP)


Sekiranya bergejala mereka perlu mendapatkan nasihat perubatan dan menjalani ujian saringan.

Talian hotline Covid-19 turut disediakan Pejabat Keselamatan Kesihatan Negara bagi menampung peningkatan permintaan bantuan.

Lebih 18,000 kes baharu direkodkan Thailand dalam tempoh 24 jam lalu dengan jumlah kumulatif kes pula kini mencecah lebih 4 juta. -AFP

Media Baharu