fb fb fb fb fb

Ekonomi China meningkat 4.8 peratus pada suku pertama 2022

BEIJING, 18 April- Ekonomi China bagi suku pertama tahun ini kukuh dengan peningkatan 4.8 peratus.

Bagaimanapun negara tembok besar itu tidak boleh terus rasa selesa kerana ia diramal berdepan cabaran akibat perintah berkurung yang dilaksanakan.

Prestasi bagi suku pertama itu diumum Biro Statistik Kebangsaan.

Menurut agensi berkenaan, angka terbabit melebihi sasaran ditetapkan.

Antara jadi pendorongnya melibatkan perbelanjaan orang ramai pada Tahun baharu Cina dan peningkatan produktiviti perkilangan.

(Foto fail/ AFP)

"Secara amnya pada suku pertama, ekonomi China berterusan pada momentum pemulihan, dan ia menunjukkan prestasi dalam julat yang munasabah,

"Namun, kami sedar bahawa dengan persekitaran domestik dan antarabangsa yang semakin rumit dan tidak menentu, pembangunan ekonomi menghadapi kesukaran dan cabaran yang ketara," jelas penganalisis ekonomi China, Fu Linghui.

Prinsip sifar COVID-19 yang dilaksanakan ketika ini dikhuatiri menjadi senjata makan tuan kepada Beijing.

Ini kerana perintah berkurung yang dilaksana memberi kesan kepada rantaian bekalan, perkhidmatan dan industri. -AFP

Media Baharu