CEBU, 5 November- Sekurang-kurangnya 66 orang maut akibat taufan Kalmaegi yang melanda Filipina.
Daripada jumlah itu, 49 mangsa yang terkorban berasal di wilayah Cebu, kawasan yang paling teruk terjejas.
Timbalan Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam, Rafaelito Alejandro berkata, 26 lagi penduduk masih hilang.
Tambahnya, penduduk kini mula pulang ke kediaman masing-masing yang kebanyakan musnah akibat banjir besar.
"Air banjir kini semakin surut. Cabaran utama kami disini adalah untuk membersihkan sisa-sisa runtuhan yang menghalang jalan raya," ujarnya.
Terdahulu, Gabenor wilayah Cebu, Pamela Baricuatro menyifatkan bencana itu sebagai sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan mengancam keselamatan penduduk di kawasan ini" katanya kepada wartawan.
Dalam perkembangan sama, Tentera Filipina mengesahkan sebuah helikopter yang digunakan dalam misi menyelamat penduduk terjejas, terhempas di Pulau Mindanao utara.
Helikopter jenis Super Huey itu dilaporkan terhempas ketika dalam perjalanan ke bandar pesisiran Butuan.
Semasa operasi mencari dan menyelamat dijalankan, enam mayat ditemukan.
“Kami sedang menunggu pengesahan forensik bagi mengenal pasti identiti mereka,” katanya kepada media, sambil menambah bahawa dua juruterbang dan empat kru berada di dalam pesawat itu. -AFP