NAVESTAD, 18 April- Tiga cedera dalam insiden pertempuran dengan polis di bandar timur Norrkoping, Sweden.
Ini susulan bantahan terhadap tindakan ekstrem seorang pemimpin parti politik Denmark-Sweden, Rasmus Paludan membakar senaskhah al-Quran Khamis lepas.
Menurut Polis Sweden, pihak berkuasa terpaksa melepaskan beberapa tembakan amaran dan mereka yang cedera terkena peluru telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Pertempuran pada Ahad di Norrkoping merupakan kali kedua berlaku dalam masa empat hari.
(Pertempuran penunjuk perasaan dengan pihak polis sehingga mencederakan ramai orang/ AFP)
Pada hari pertama pertempuran, penunjuk perasaan membantah perhimpunan oleh kumpulan antipendatang dan anti-Islam yang diketuai Paludan.
Beberapa kenderaan dibakar dan sekurang-kurangnya 17 orang ditahan.
Beberapa pemimpin negara Islam termasuk Malaysia, Indonesia, Iran dan Iraq mengecam perbuatan ekstrem Paludan itu, yang disifatkan tindakan melampau yang tidak sepatutnya dilakukan seorang berpengaruh. -AFP