GAZA CITY, 5 November - Pelajar di Universiti al-Azhar, mula kembali mendaftar bagi sesi pengajian bersemuka selepas gencatan senjata dilaksanakan di wilayah Palestin.
Sesi pengajian itu menandakan permulaan baharu bagi sektor pendidikan yang lumpuh akibat peperangan.
Timbalan Naib Canselor universiti itu berkata sebelum konflik tercetus, institusi berkenaan menerima kira-kira 4,000 pelajar baharu setiap awal tahun akademik, namun kali ini jumlah pendaftaran meningkat dengan ketara.
“Sebelum perang, universiti biasanya menerima sekitar 4,000 pelajar setiap tahun. Tetapi tahun ini, kejutan yang amat menggembirakan, jumlahnya jauh lebih tinggi daripada jangkaan,” katanya kepada media tempatan.
Suasana di kampus kembali meriah apabila pelajar berpusu-pusu ke kaunter pendaftaran sambil membawa dokumen masing-masing.
Manakala yang lain berbual dan mengambil gambar kenangan selepas sekian lama terpisah akibat perang.
Ramai antara mereka meluahkan rasa syukur kerana dapat kembali menuntut ilmu selepas hampir dua tahun kehilangan peluang belajar akibat kemusnahan institusi pendidikan semasa serangan berlarutan. - AFP