fb fb fb fb fb

Pantai Mae Ramphueng, Bangkok diisytihar kawasan bencana

FOTO AFP


BANGKOK, 30 Januari- Pantai Mae Ramphueng, Thailand diisytihar kawasan bencana, selepas tumpahan minyak dari saluran paip dasar laut yang bocor merebak hingga ke pesisiran pantai itu.

Lebih 200 anggota tentera laut dan 150 pekerja dari Star Petroleum, pemilik saluran paip terlibat dikerah membersihkan pantai.

Tumpahan minyak yang dibawa arus ke pantai sejak Jumaat lalu mencemarkan pesisir pantai lebih dua kilometer.

Dianggarkan kira-kira 50 ribu liter minyak mentah bocor daripada saluran paip berkenaan.

Pihak berkuasa menjangkakan mungkin mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan kawasan pantai terjejas.

“Ia boleh diserap menggunakan kertas khas dan dilupuskan,” katanya dipetik oleh Thai PBS.

Kebocoran pada saluran paip itu berlaku kira-kira pukul 9 malam (waktu tempatan) pada Selasa (25 Jan) dan kebocoran itu dihentikan pada awal Rabu (26 Jan).

Tumpahan minyak yang dibawa arus ke pantai pada Jumaat, mencemarkan pesisir pantai untuk jarak lebih dua kilometer.

Dianggarkan kira-kira 50,000 liter minyak mentah bocor daripada saluran paip itu, kira-kira 20 kilometer ke tenggara Kawasan Perindustrian Map Ta Phut.

Imej satelit daripada Agensi Pembangunan Geo-Informatik dan Teknologi Angkasa (GISTDA) menunjukkan tompokan minyak seluas 47 kilometer persegi hanyut ke arah pantai Rayong pada Jumaat.

Awal minggu ini, pihak berkuasa berkata ia mungkin mengambil masa lebih sebulan untuk memulihkan kawasan pantai yang terjejas. -AFP

Media Baharu