(Seorang wanita berjalan melepasi mural yang menggambarkan pekerja
barisan hadapan penularan COVID-19 di Dublin, Ireland/REUTERS)
GENEVA, 15 September- Jumlah kes baharu COVID-19 dilaporkan telah menurun secara mendadak, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sambil menggesa dunia supaya merebut peluang untuk menamatkan wabak itu.
Kes baharu minggu lalu jatuh ke paras paling rendah sejak Mac 2020, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.
"Kami tidak pernah berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk menamatkan wabak itu," katanya kepada pemberita. "Kami belum sampai ke sana, tetapi penghujungnya sudah di depan mata."
Tetapi dunia perlu melangkah untuk merebut peluang ini, tambahnya.
"Jika kita tidak mengambil peluang ini sekarang, kita menghadapi risiko lebih banyak varian, lebih banyak kematian, lebih banyak gangguan dan lebih banyak ketidakpastian," tambah beliau
(Tedros Adhanom Ghebreyesus/REUTERS)
Menurut laporan epidemiologi terkini WHO mengenai COVID-19, jumlah kes yang dilaporkan turun 28% kepada 3.1 juta pada minggu berakhir 11 September, berikutan penurunan 12% seminggu sebelumnya
Susulan itu, Ghebreyesus menggesa semua pihak berganding bahu menamatkan penularan wabak berkenaan.
Sekiranya tidak mengambil peluang tersebut, dunia bukan sahaja berisiko menghadapi lebih banyak varian selepas ini.
Malah berdepan lebih banyak kematian dan ketidakpastian, katanya. - AFP