fb fb fb fb fb

Letupan masjid: Pemimpin Parti Islam serta dua kanak-kanak cedera

Insiden letupan bom di masjid sering laporkan sejak dulu/Foto fail

PESHAWAR, 14 Mac - Seorang pemimpin parti Islam tempatan dan dua kanak-kanak cedera dalam letupan di sebuah masjid di barat laut Pakistan pada Jumaat, menurut pihak polis.

Ketua Polis Daerah South Waziristan, Asif Bahadar, berkata Abdullah Nadeem, pemimpin tempatan parti Jamiat Ulema Islam-Fazl (JUI-F), dipercayai menjadi sasaran serangan dan kini dirawat di hospital akibat kecederaan serius.

Bom tersebut dilaporkan ditanam di mimbar masjid dan meletup kira-kira 1.45 petang waktu tempatan (10.45 waktu Malaysia).

Bahader mengesahkan bahawa semua mangsa telah dibawa ke hospital, dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti dalang di sebalik serangan tersebut.

Pihak berkuasa sedang menyiasat punca letupan tersebut. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN