POKROVSK, 24 November -Rusia menyiarkan video menunjukkan tenteranya bergerak di kawasan kediaman yang musnah di bandar Pokrovsk, Ukraine ketika pertempuran terus memuncak di wilayah Donetsk.
Video dikeluarkan Kementerian Pertahanan Rusia memaparkan asap tebal serta rumah yang rosak teruk dengan serpihan bertaburan di jalan.
Reuters mengesahkan lokasi rakaman sebagai Pokrovsk melalui padanan bangunan dan susun atur kawasan berdasarkan imejan fail dan satelit.
Agensi berita Rusia, RIA, memetik kementerian sebagai berkata, pasukan mereka berjaya menawan dua daerah dalam bandar itu pada Isnin.
Menurut komander Ukraine, mereka kini berdepan kekurangan anggota di barisan hadapan, menyebabkan sukar mengekang pencerobohan kecil tetapi berterusan oleh tentera Rusia di Pokrovsk. -REUTERS