fb fb fb fb fb

Lima maut runtuhan bangunan di Jordan, operasi mencari dan menyelamat diteruskan

(Polis Jordan dan perkhidmatan kecemasan ditempatkan di tapak bangunan kediaman
empat tingkat yang runtuh di tengah Amman, pada 13 September 2022/Foto AFP)

AMMAN, 14 September- Pasukan penyelamat pada Rabu meneruskan misi mencari dan menyelamat 10 mangsa yang masih hilang dalam runtuhan bangunan kediaman empat tingkat, di ibu negara Jordan.

Setakat ini, lima orang dilaporkan terbunuh dan 14 lagi cedera.

"Menurut maklumat kami, 10 orang masih berada di bawah runtuhan bangunan dan sebahagian daripada mereka masih hidup," kata jurucakap kerajaan Faisal Shboul kepada saluran televisyen negeri Al-Mamlaka.

"Operasi pencarian diteruskan di tapak. Bangunan yang berdekatan antara satu sama lain dan koridor sempit, menyukarkan pencarian," tambahnya.

(Pasukan penyelamat Jordan menggerakan operasi mencari dan menyelamat di bawah runtuhan bangunan
kediaman empat tingkat yang runtuh di tengah Amman, pada 13 September 2022/Foto AFP) 

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Pertahanan Awam, Hatem Jaber pada Rabu berkata, lebih 300 anggota pertahanan awam mengambil bahagian dalam operasi pencarian mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan.

"Pasukan penyelamat "tidak akan berehat" sehingga semua ditemukan," katanya.

Tapak lokasi itu telah ditutup dan polis menghalang penduduk daripada menghampirinya bagi mengelak menghalang operasi mencari, kata seorang wartawan AFP.

Insiden runtuhan berkenaan terletak di daerah Jabal al-Weibdeh di tengah ibu negara, salah satu kawasan kejiranan tertua di Amman.-AFP

Berita berkaitan
Dua maut, 14 cedera dalam insiden bangunan runtuh di Jordan

Media Baharu