fb fb fb fb fb

Pakistan terima Perdana Menteri Baharu

ISLAMABAD,12 April- Presiden Liga Muslim Pakistan-Nawaz, Shehbaz Sharif dilantik sebagi Perdana Menteri Pakistan yang baharu selepas meraih 174 undi daripada keseluruhan 342 ahli Dewan Rakyat.

Shehbaz merupakan abang kepada bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif.

Pemimpin berusia 70 tahun itu mendapat sokongan gabungan pelbagai parti di bawah Pergerakan Demokratik Pakistan (PDM) dan dilihat sebagai pentadbir yang berkebolehan.

Bagaimanapun, pemilihan beliau dikatakan tidak membantu meredakan ketegangan politik Pakistan apabila Ahli Parlimen bekas parti pemerintah, Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) sepakat meletakkan jawatan.

(Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif/AFP)

Penganalisis politik menjangkakan bekas Presiden, Imran Khan akan memberi tekanan terhadap kerajaan baharu agar pilihan raya umum dipercepatkan memandangkan PTI dilihat menerima sokongan sebahagian besar rakyat.

PTI sebelum ini mencalonkan bekas Menteri Luar, Shah Mahmood Qureshi untuk mencabar Shehbaz, yang kemudian memboikot sesi pemilihan perdana menteri baharu.

Shehbaz ialah bekas Ketua Menteri wilayah Punjab, yang mewakili lebih separuh daripada 220 juta penduduk Pakistan.

Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan angkatan tentera. -AFP

Media Baharu