fb fb fb fb fb

Belanda guna ujian kendiri sahkan virus COVID-19

AMSTERDAM, 12 April- Bermula Isnin, ujian rasmi COVID-19 tidak lagi diperlukan di Belanda untuk mengesahkan sama ada seseorang dijangkiti virus berkenaan.

Kerajaan Belanda dilaporkan mahu rakyatnya beralih ke ujian kendiri.

Ujian kendiri tersebut akan digunapakai sebagai rujukan utama untuk menentukan sama ada seseorang dijangkiti COVID-19.

Ini bermakna seseorang individu tidak lagi memerlukan pengesahan dari Penguatkuasa Kesihatan Awam Perbandaran (GGD), seperti sebelum ini.

(Foto fail/ AFP)

Bagaimananpun, ujian GGD masih boleh dilakukan untuk kumpulan tertentu.

Sebagai contoh, petugas kesihatan atau mereka yang tidak boleh menggunakan ujian kendiri.

Kementerian Kesihatan, Kebajikan dan Sukan Belanda berkata, ujian kendiri ini amat sesuai memandangkan ia mudah didapati dan keputusan boleh diperoleh dengan cepat.

Ia juga katanya dapat mendidik rakyat negara itu agar lebih bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri sendiri dan orang lain. -AFP

Media Baharu