fb fb fb fb fb

Pakistan: Dalam tempoh tiga bulan 903 penduduk terkorban akibat hujan monsun

(Seorang wanita dan kanak-kanak duduk di atas katil rumah mereka
yang musnah akibat hujan dan banjir musim tengkujuh/FOTO REUTERS)

ISLAMABAD, 26 Ogos - Hujan monsun dan banjir telah mengorbankan 903 orang sejak bulan Jun lalu, kata Menteri Perubahan Iklim negara itu Sherry Rehman.

Angka kematian termasuk 326 kanak-kanak dan 191 wanita, dan mereka yang cedera ialah seribu 293 orang.

Rehman berkata, hujan lebat telah menyebabkan krisis kemanusiaan di negara tersebut.

Wilayah selatan Sindh telah melaporkan angka kematian tertinggi iaitu seramai 293 orang, diikuti 230 kematian di Balochistan, 169 di Khyber Pakhtunkhwa dan 164 di Punjab.

Menurut laporan media tempatan, berjuta-juta penduduk memerlukan bantuan, tempat perlindungan dan barangan keperluan asas.

(Penduduk Pakistan lebih memilih beca (tuk tuk) sebagai pengangkutan utama ketika musim tengkujuh/FOTO REUTERS

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara dalam satu kenyataan berkata hampir 125,000 rumah musnah dan 288,000 lagi musnah akibat banjir.

Kira-kira 700,000 ternakan di Sindh dan Balochistan turut terbunuh, dan telah memusnahkan hampir dua juta ekar tanah ladang termasuk merosakkan jalan raya sejauh 3, 000 kilometer. - AFP

Media Baharu