fb fb fb fb fb

Tiga mangsa terperangkap di lombong El Teniente ditemui maut

Foto Reuters

SANTIAGO, 4 Ogos – Syarikat perlombongan tembaga Chile, Codelco, mengesahkan tiga lagi pekerja yang terperangkap dalam runtuhan di lombong El Teniente telah ditemui maut, menjadikan jumlah korban keseluruhan meningkat kepada empat orang.

Dalam kenyataan pada Ahad, Codelco memaklumkan kejadian runtuhan berlaku pada malam Khamis (31 Julai), mengorbankan seorang pekerja serta menyebabkan lima lagi terperangkap.

Seorang daripada mangsa yang terperangkap disahkan meninggal dunia pada Sabtu (2 Ogos), manakala dua lagi masih belum ditemukan setakat ini.

Pasukan penyelamat kini giat meneruskan usaha mencari dan menyelamat, termasuk membersihkan laluan runtuhan sejauh 24 meter di kawasan perlombongan bawah tanah, dalam usaha untuk sampai ke lokasi di mana dua lagi pekerja dipercayai berada.

Pihak Codelco menyatakan komitmen penuh untuk terus memberikan sokongan kepada keluarga mangsa dan memastikan keselamatan operasi semasa kerja-kerja menyelamat dijalankan. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN