fb fb fb fb fb

Bil tenaga dijangka melambung tinggi, PM baharu Britain mesti radikal tangani kos sara hidup

(Bekas Menteri Kewangan, Rishi Kunak bersaing bagi menggantikan
Boris Johnson selaku Perdana Menteri Britain/FOTO REUTERS)

LONDON, 26 Ogos - Bakal Perdana Menteri Britain mesti menerima pakai idea radikal seperti diskaun tarif kuasa, pembekuan bil tenaga atau kenaikan cukai untuk golongan berpendapatan tinggi.

Ini bagi mengurangkan kejutan harga tenaga bagi sebahagian besar isi rumah.

Menurut sebuah badan pemikir, Yayasan Resolusi, sehari sebelum lonjakan besar terbaharu dalam tarif kuasa dijangka diumumkan, kerajaan baharu perlu memperuntukkan puluhan bilion pound untuk disasarkan kepada isi rumah.

Isi rumah di Britain juga dijangka bakal berdepan masalah kewangan kerana terpaksa menanggung bil tenaga yang melambung tinggi pada musim sejuk.

Yayasan itu mencadangkan pilihan seperti tarif tenaga murah untuk isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, pemotongan sejagat 30 peratus dalam had harga tenaga, atau kenaikan cukai untuk isi rumah berpendapatan tinggi.

(Calon Perdana Menteri Britain, Liz Truss berkempen bagi memastikan
Scotland kekal sebahagian daripada United Kingdom (UK)/FOTO REUTERS)

Kerajaan Britain setakat ini telah memberikan lebih AS$49 bilion (RM219 bilion) dalam bentuk sokongan kos sara hidup untuk isi rumah, hampir separuh daripada kos program cuti era pandemiknya untuk menyokong pasaran buruh. - REUTERS

Media Baharu