fb fb fb fb fb

China terus hulur bantuan kemanusiaan kepada Pakistan

(FOTO AFP)

BEIJING, 25 Ogos- China terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Pakistan sebagai tanda simpati atas bencana banjir yang melanda Pakistan yang telah meragut lebih 700 nyawa dan mengakibatkan 300,000 orang hilang tempat tinggal.

Justeru itu, Kementerian Luar China pada Rabu memutuskan untuk menyumbang sebanyak 25,000 khemah sebagai tambahan kepada sumbangan yang disalurkan sebelum ini.

Sebelum ini, di bawah kerangka kerjasama Koridor Eknomi China-Pakistan, China sudah menyumbang sebanyak 4,000 khemah dan masing-masing  50,000 helai selimut dan unit kanvas kalis air.

Sementara itu, Persatuan Palang Merah China turut menyediakan bantuan kewangan sebanyak AS$300,000 (RM1.345 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan.

Kementerian Luar China dalam kenyataannya memaklumkan kedua-dua negara mempunyai hubungan akrab dan China amat menghargai bantuan Pakistan ketika gempa bumi melanda Wenchuan pada 2008.

China berharap untuk terus mendorong kerjasama bilateral dalam usaha mencegah dan mengurangkan bencana serta menangani perubahan iklim.

“Kami percaya rakyat di kawasan bencana akan mengatasi kesukaran dengan secepat mungkin memulihkan pengeluaran dan kehidupan normal dengan pimpinan kerajaan serta bantuan masyarakat antarabangsa,” menurut kenyataan itu.-BERNAMA

(China terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Pakistan sebagai tanda simpati atas bencana banjir
yang melanda Pakistan yang telah meragut lebih 700 nyawa dan mengakibatkan 300,000 orang hilang
 tempat tinggal/FOTO FAIL REUTERS)

 



 

Media Baharu