fb fb fb fb fb

Ketua Polis Jepun umum letak jawatan

(Foto hiasan)

TOKYO, 25 Ogos- Ketua Polis Jepun, Itaru Nakamura, mengumumkan meletak jawatan.

Ia susulan hasil siasatan yang dijalankan berhubung tahap keselamatan bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe ketika ditembak, bulan lalu.

Dalam sidang media mengumumkan hasil penemuan di Tokyo, Nakamura berkata surat perletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Suruhanjaya Keselamatan Awam Kebangsaan, hari ini.

"Kami telah memutuskan untuk mengejutkan kakitangan kami dan memulakan semula tugas keselamatan kami, dan itulah sebabnya saya menyerahkan peletakan jawatan saya", katanya kepada media.

Katanya, pihak polis telah membuat rombakan dan memperbaharui sistem keselamatannya.


(Bekas PM Jepun, mendiang Shinzo Abe)

"Ketika kami meneliti dan merenung kejadian itu, kami memutuskan untuk memulakan semula dan merombak sistem keselamatan kami," tambah Nakamura.

Abe ditembak mati ketika berkempen untuk pilihan raya Dewan perwakilan di wilayah Nara, pada 8 Julai lalu.

Suspek pembunuhnya ditahan di tempat kejadian dan dipercayai menyasarkan Abe kerana beranggapan beliau ada kaitan dengan Gereja Penyatuan.

Abe ialah ahli politik terkenal Jepun dan perdana menteri paling lama berkhidmat. Bagaimanapun, aspek keselamatan agak ringan ketika beliau menyampaikan ucapan di sebuah jalan di wilayah barat.

Polis di daerah itu tidak dapat menafikan dan mengakui kelemahan dari aspek keselamatan bekas pemimpin itu.-AFP

Media Baharu