SYDNEY, 3 Ogos - Orang ramai sanggup meredah perjalanan berjam-jam dan cuaca dingin pada Sabtu semata-mata untuk menyaksikan salji lebat di bandar Guyra, New South Wales.
Penduduk tempatan dan pelawat memanfaatkan suasana bersalji itu dengan bermain bola salji, membina patung salji, merakam gambar kenangan, malah sepasang kekasih turut mengikat tali pertunangan di kawasan yang digelar "Winter Wonderland" itu.
Brendan Gough, penduduk Queensland, sanggup datang dari jauh untuk merasai pengalaman melihat salji buat kali pertama.
“Saya tidak pernah melihat salji sepanjang hidup saya dan ini benar-benar pengalaman yang luar biasa,” katanya.
Menurut kenyataan dikeluarkan pada Ahad, Perkhidmatan Kecemasan Negeri New South Wales (SES) telah membantu lebih 100 kenderaan yang terkandas akibat salji tebal.-REUTERS