fb fb fb fb fb

Pakar perubatan siasat penyakit misteri di Tanzania

(FOTO AFP)

DODOMA, 15 Julai- Kematian tiga orang penduduk Tanzania secara misteri telah mendorong pihak berkuasa menghantar sepasukan doktor dan pakar kesihatan untuk menyiasat perkara itu.

Dalam kejadian di wilayah Lindi tenggara Tanzania, pesakit dilapor mengalami gejala termasuk demam, sakit kepala, keletihan dan pendarahan hidung.

Ketua Pegawai Perubatan kerajaan Aifello Sichalwe dalam satu kenyataan berkata, setakat ini, 13 kes dilaporkan di wilayah berkenaan termasuk tiga orang maut.

(FOTO AFP)

Ujian terhadap pesakit bagaimanapun menunjukkan keputusan negatif untuk virus Ebola, Marburg serta COVID-19.

Seorang daripada pesakit sudah pulih sepenuhnya manakala yang lain sedang diasingkan.

Orang ramai di kawasan itu diminta supaya bertenang.

Presiden Tanzania, Samia Suluhu Hassan pula berkata, penyakit misteri dan pelik yang dilaporkan di wilayah Lindi mungkin disebabkan oleh 'interaksi yang semakin meningkat' antara manusia dan haiwan liar. - AFP

Media Baharu