(Rakyat Sri Lanka meraikan peletakan jawatan Rajapaksa di ibu negara itu/ REUTERS)
COLOMBO, 15 Julai- Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa menyerahkan surat peletakan jawatan pada Khamis, menurut jurucakap Speaker Parlimen.
Ini sejurus beberapa jam Rajapaksa selepas melarikan diri ke Singapura berikutan bantahan besar-besaran berhubung kemerosotan ekonomi negara itu.
Pengumuman itu diraikan penunjuk perasaan yang berkumpul di luar sekretariat presiden, menentang perintah berkurung di seluruh bandar.
Orang ramai membakar mercun, sambil menjerit slogan dan menari di tapak protes Gota Go Gama, yang dinamakan sempena nama pertama Rajapaksa.
“Seluruh negara akan meraikannya hari ini,” kata Damitha Abeyrathne, seorang aktivis.
Katanya ia merupakan satu kemenangan besar buat negara itu.
(Rajapaksa menyatakan peletakan jawatannya melalui e-mel Speaker Parlimen, semalam/ REUTERS)
“Kami tidak pernah terfikir akan membebaskan negara ini daripada mereka,” tambahnya, merujuk kepada keluarga Rajapaksa yang menguasai politik negara Asia Selatan itu selama dua dekad.
Menurut jurucakap Speaker Parlimen, Rajapaksa menyerahkan peletakan jawatannya melalui e-mel pada Khamis dan ia akan menjadi rasmi pada hari hari ini, sebaik dokumen itu disahkan.
Semalam, Rajapaksa beserta isteri dan dua pengawal peribadi mereka telah selamat mendarat di Singapura.
Ini menjadi negara kedua bagi Rajapaksa selepas melarikan diri ke Maldives dipercayai menaiki pesawat syarikat penerbangan Saudia Air.
Kementerian Luar Singapura mengesahkan Rajapaksa dibenarkan masuk ke Republik itu atas kapasiti lawatan peribadi. - REUTERS