fb fb fb fb fb

IMF rancang turunkan unjuran pertumbuhan global

(FOTO AFP)

WASHINGTON, 15 Julai- Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) merancang untuk menurunkan lagi unjuran pertumbuhan globalnya pada Julai.

Pengarah Urusannya, Kristalina Georgieva berkata, ia susulan penunjuk terkini membayangkan suku kedua yang lemah.

IMF akan mengunjurkan penurunan tahap selanjutnya untuk pertumbuhan global bagi 2022 dan 2023 dalam Kemas Kini Prospek Ekonomi Dunia hujung bulan ini.

Walaupun inflasi kekal lebih tinggi daripada jangkaan, bank pusat utama perlu mengumumkan pengetatan monetari selanjutnya untuk menangani kenaikan harga.

Langkah sedemikian adalah perlu meskipun membebankan proses pemulihan ekonomi.

(Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva/ AFP)

Keadaan ekonomi global akan terus sukar pada 2022 dan 2023 dengan risiko kemelesetan yang semakin meningkat.

Keseluruhan prospek tidak menentu, dan gangguan selanjutnya terhadap bekalan gas asli ke Eropah boleh menjerumuskan banyak ekonomi ke dalam kemelesetan dan mencetuskan krisis tenaga global.

Sementara itu, IMF turut memberi amaran bahawa ekonomi Amerika Syarikat bertambah sukar kerana pihak berkuasa cuba untuk menentu ukur tindak balas terhadap inflasi yang sedang berlaku dan mengelakkan kemelesetan. - AFP

Media Baharu