PRETORIA, 5 Januari- Bekas bintang paralimpik Afrika Selatan Oscar Pistorius dijangka dibebaskan dengan parol pada Jumaat, hampir 11 tahun selepas membunuh teman wanitanya Reeva Steenkamp.
Pistorius - digelar "Blade Runner" kerana kaki prostetik serat karbonnya menembak mati teman wanitanya, seorang model berusia 29 tahun melalui pintu bilik air yang terkunci pada Hari Valentine pada 2013.
Dia telah berulang kali mengatakan dia menyangka Steenkamp sebagai penceroboh apabila dia melepaskan empat das tembakan ke dalam bilik mandi di rumahnya di Pretoria.
Pistorius, kini berusia 37 tahun, telah menghabiskan kira-kira lapan setengah tahun penjara serta tujuh bulan bawah tahanan rumah sebelum dia dijatuhkan hukuman atas kesalahan membunuh.
Lembaga parol pada November memutuskan dia boleh dibebaskan selepas menyelesaikan lebih separuh daripada hukumannya.
Seorang pegawai pemantau akan mengawasinya sehingga hukumannya tamat pada Disember 2029 selain Pistorius perlu memaklumkan jika dia mencari peluang pekerjaan atau berpindah ke alamat baharu.
Dia juga dikehendaki meneruskan terapi pengurusan kemarahan dan menghadiri sesi mengenai keganasan berasaskan jantina sebagai sebahagian daripada syarat parolnya, kata seorang peguam untuk keluarga Steenkamp pada November.-REUTERS