fb fb fb fb fb

Pelakon 'Mary Poppins' meninggal dunia pada usia 100 tahun

Foto Fail: Glynis Johns/ REUTERS

LOS ANGELES, 5 Januari- Glynis Johns, pelakon Britain bersuara serak yang terkenal dengan wataknya dalam filem muzikal blockbuster pada tahun 1964 ‘Mary Poppins’ meninggal dunia pada usia 100 tahun.

Johns merupakan pelakon veteran filem dan pentas pernah memenangi Anugerah Tony pada tahun 1973 untuk peranannya dalam filem muzikal Stephen Sondheim 'A Little Night Music'.

Selain pernah dicalonkan di Anugerah Oscar untuk filem tahun 1960 'The Sundowners'.

Menurut pengurusnya Mitch Clem, Johns meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di Los Angeles.

Johns muncul dalam berpuluh-puluh filem sepanjang 60 tahun pembabitannya dalam bidang seni, namun peranannya dalam 'Mary Poppins' sebagai Winifred Banks adalah yang paling diingati.

Johns pernah melakonkan watak ikan duyung dalam filem 'Miranda' (1948), dan kemudian muncul dalam dua sekuel 'Mad About Men' (1954).

“Saya seorang atlet, otot saya kuat kerana menari. Saya berenang seperti ikan lumba-lumba,” kata Johns kepada Newsday pada 1998.

Beliau telah dicalonkan untuk Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik untuk peranannya sebagai penjaga hotel dalam filem 'The Sundowners' bersama Robert Mitchum, Deborah Kerr dan Peter Ustinov.

Dia juga kerap membuat penampilan TV dan membintangi sitkom AS Glynis pada tahun 1963.

Dia juga memainkan watak penjahat, Lady Penelope Peasoup, dalam siri Batman yang popular pada tahun 1960-an.

Karya akonannya yang terakhir ialah dalam filem Superstar 1999 yang dibintangi oleh Molly Shannon dan Will Ferrell.

Johns dilahirkan pada 5 Oktober 1923 di Afrika Selatan semasa ibu bapanya mengembara untuk persembahan pentas di sana.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI