fb fb fb fb fb

Orang Asli Waorani desak Kerajaan Ecuador henti pengekstrakan minyak

Masyarakat Orang Asli Waorani berkumpul di luar Mahkamah Perlembagaan menuntut supaya mengehadkan aktiviti pengekstrakan minyak di Taman Negara Yasuni, Amazon/ REUTERS

QUITO, 21 Ogos – Masyarakat Orang Asli Waorani berarak di sini pada Rabu, menuntut kerajaan Ecuador menghormati hak wilayah kumpulan itu dan melaksanakan keputusan pungutan suara untuk mengehadkan aktiviti pengekstrakan minyak di Taman Negara Yasuni, Amazon.

Penunjuk perasaan yang terdiri daripada wanita dan pemimpin komuniti berkumpul di luar Mahkamah Perlembagaan sambil menyanyikan lagu tradisional dan membawa sepanduk.

Presiden negara Waorani, Juan Bay berkata, kerajaan mengabaikan tuntutan mereka selama dua tahun dan menyeru perhatian antarabangsa terhadap perjuangan mereka.

Sementara itu, pemimpin wanita Waorani, Carlota Toca menegaskan bahawa kehadiran mereka bukan untuk merayu, tetapi menuntut penghormatan terhadap tanah warisan serta hak generasi akan datang.

Masyarakat Waorani telah lama menentang pengeluaran minyak di Yasuni, kawasan yang menjadi tempat tinggal kumpulan orang asli terpencil dan biodiversiti penting.

Pada 2023, rakyat Ecuador mengundi untuk menghentikan aktiviti tersebut, namun aktivis mendakwa kerajaan gagal melaksanakan sepenuhnya keputusan itu, dengan hanya lima daripada 247 blok minyak ditutup setakat ini.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI