fb fb fb fb fb

58 lagi maut, korban di Gaza cecah 62,122

Penduduk Palestin ke pusat pemberian bantuan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan/ REUTERS

GAZA, 21 Ogos – Jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 62,122 orang, manakala 156,758 lagi cedera sejak konflik yang dicetuskan rejim Zionis Israel pada 7 Oktober 2023.

Menurut pihak berkuasa kesihatan Gaza, seramai 10,576 penduduk terbunuh dan 44 717 lagi cedera selepas tamatnya gencatan senjata singkat pada 18 Mac lalu.

Dalam tempoh 24 jam yang lalu, serangan Israel mengorbankan 58 penduduk Palestin dan mencederakan 185 yang lain di Gaza. Daripada jumlah itu, 22 orang terbunuh dan 49 cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan.

Selain itu, tiga lagi kematian akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan dilaporkan dalam tempoh sama.

Sehingga kini, jumlah kematian akibat kebuluran dan malnutrisi di Gaza meningkat kepada 269 orang, termasuk 112 kanak-kanak.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI