BAITULMAQDIS, 9 Jun- Lebih 200 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan tentera Israel pada Sabtu.
Serangan udara itu adalah sebahagian misi untuk menyelamatkan empat orang tebusan yang ditahan Hamas.
Operasi yang dikatakan sebagai menyelamat tebusan itu berlaku di tengah-tengah Gaza al-Nuseirat, kawasan yang dibina padat dan sering diperangi dalam konflik antara Israel dan Hamas.
Jurucakap tentera Israel berkata, operasi itu berlaku di tengah-tengah kawasan perumahan di Nuseirat di mana dipercayai Hamas telah menahan tebusan di dua blok apartmen berasingan. Tentera Israel mendapat melepaskan tembakan dari udara dan darat, kata jurucakap, Laksamana Muda Daniel Hagari.
"Kita tahu kira-kira 100 orang (Palestin) terkorban. Saya tidak tahu berapa ramai daripada mereka adalah anggota Hamas," katanya dalam taklimat bersama wartawan.
Sementara itu, seorang komander pasukan khas Israel turut terbunuh semasa operasi itu, kata satu kenyataan polis.
Paramedik dan penduduk Gaza berkata, serangan itu membunuh berpuluh-puluh orang dan menyebabkan mayat lelaki, wanita dan kanak-kanak bergelimpangan di sekitar pasar dan masjid.
Israel menamakan tebusan yang diselamatkan sebagai Noa Argamani, 26, Almog Meir Jan, 22, Andrey Kozlov, 27, dan Shlomi Ziv, 41. Mereka dibawa ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dan berada dalam keadaan sihat, kata tentera.
Mereka semua diculik daripada festival muzik Nova 7 Oktober tahun lalu.
Pengeboman dan pencerobohan Israel ke atas Gaza telah membunuh sekurang-kurangnya 36,801 rakyat Palestin.-REUTERS
FOTO REUTERS