Tenis Terbuka Perancis: Sabalenka mara ke suku akhir

Bintang tenis Belarus, Aryna Sabalenka /AFP

PARIS, 2 Jun – Bintang tenis wanita Belarus, Aryna Sabalenka meneruskan cabaran di pentas Grand Slam selepas melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain sensasi Jepun, Naomi Osaka awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sabalenka menang straight 7-5, 6-3 selepas perlawanan sukar di Roland Garros.
  • Osaka bermula garang, mendahului 2-0 selepas double fault Sabalenka.
  • Pemain nombor satu dunia terus mengekalkan momentum untuk memburu gelaran Terbuka Perancis sulung.

Pada aksi di Roland Garros itu, Sabalenka dipaksa bekerja keras sebelum menang straight 7-5, 6-3.

Pada perlawanan itu, Osaka bermula garang apabila mendahului permainan 2-0 pada set pertama hasil kesilapan berganda (double fault) oleh Sabalenka.

Bagaimanapun, Sabalenka yang juga pemain nombor satu dunia bangkit dengan memperkemaskan rentak dengan asakan padu yang bertali-arus.

Asakan padu Sabalenka menyebabkan Osaka melakukan kesilapan mudah bagi memberikan kemenangan kepada Sabalenka 7-5 pada set pertama.

Memasuki set kedua, Sabalenka meneruskan momentum kemenangan dengan yakin sekali gus menutup peluang Osaka untuk bangkit dengan kemenangan mudah 6-3.

Kemenangan itu sekali gus memastikan impian pemain nombor satu dunia itu untuk memburu mahkota kejuaraan sulung Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat terus menyala. – REUTERS

 

 

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.