fb fb fb fb fb

Operasi menyelamat mangsa gempa Turki dihentikan, kecuali di dua wilayah

(Seorang pekerja penyelamat berjalan kaki di depan bangunan yang sebahagiannya runtuh di bandar Antakya pada 19 Februari/FOTO AFP)

ISTANBUL, 20 Februari - Turkiye menghentikan usaha mencari dan menyelamat mangsa di kesemua wilayah terjejas, kecuali dua wilayah paling terkesan oleh gempa bumi yang dahsyat itu, menurut bencara Turki pada Ahad.

"Bagi kebanyakan wilayah kami, usaha mencari dan menyelamat mangsa sudah selesai. Ia bagaimanapun diteruskan di wilayah Kahramanmaras dan Hatay," dedah ketua agensi berkenaan Yunus Sezer kepada para wartawan di Ankara.

Gempa bumi berukuran 7.8 pada Richter yang melanda pada 6 Februari berpusat di daerah Pazarcik, Kahramanmaras.

Sezer berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan di kira-kira 40 bangunan di wilayah-wilayah terjejas pada hari ke-14. - AFP


(Anggota pasukan mencari dan menyelamat Uzbekistan menggunakan seekor anjing pengesan (K9) ketika mencari mayat di bawah runtuhan bangunan di Hatay/FOTO AFP)

Media Baharu