fb fb fb fb fb

Jasad Christian Atsu tiba di Ghana

ACCRA, 20 Februari- Jasad bekas pemain sayap Ghana, Christian Atsu diterbangkan pulang ke Accra pada Ahad, sehari selepas dia ditemukan maut di bawah runtuhan bangunan di selatan Turkiye akibat gempa bumi.

Keranda Atsu yang disarungkan dengan bendera kebangsaan Ghana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoko Accra, disambut oleh Naib Presiden, Mahamudu Bawumia dan perarakan tentera.

"Kami berharap dan berdoa setiap hari, malangnya, apabila Atsu ditemui, dia sudah tiada," kata Bawumia.

(Christian Atsu, Bekas pemain sayap Ghana / Foto REUTERS)

Atsu, 31 tahun, dilaporkan hilang sejak 6 Februari lalu selepas pangsapuri yang menjadi kediamannya runtuh akibat gempa bumi kuat yang melanda Turkiye.

Terdahulu, Atsu dijadual diterbang keluar dari selatan Turkiye beberapa jam sebelum gempa bumi melanda.

Bagaimanapun, pengurus Hatayspor berkata pada Jumaat, pemain Ghana itu telah memilih untuk kekal bersama kelab berkenaan selepas menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan Super Lig pada Februari.

Atsu telah mewakili Ghana untuk 65 perlawanan dan membantu negara itu mara ke perlawanan akhir Piala Negara-negara Afrika 2015.

Kali terakhir Atsu dipilih bermain untuk Ghana ialah pada 2019.-REUTERS

Media Baharu