fb fb fb fb fb

OMICRON : Amerika Syarikat catat penurunan kes


NEW YORK, 15 Januari - Beberapa bandar besar di Amerika Syarikat termasuk New York mencatatkan penurunan kes COVID-19 membabitkan varian Omicron minggu ini.

Ia meskipun kadar kemasukan ke hospital terus meningkat.

Di bandar New York, purata kes harian baharu dalam tempoh tujuh hari turun sejak 2 Januari selepas mencapai kemuncak penularan 40,000 kes sehari.

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan kira-kira 28,500 kes direkodkan pada Isnin.

Penurunan turut dicatatkan di Washington, New Jersey dan Chicago, bandar ketiga terbesar di negara itu.

Bagaimanapun, kes harian di seluruh negara berkenaan masih mencatatkan peningkatan dengan lebih 750,000 kes sehari.

Media Baharu